Iran bebas kapal tangki Britain yang ditahan

Iran bebas kapal tangki Britain yang ditahan

Pada 19 Julai Iran menahan Stena Impero kerana mendakwa melanggar peraturan maritim ketika melewati Selat Hormuz.

Pegawai Iran berkata, pembebasan Stena Impero tidak ada kaitan dengan pembebasan kapal milikinya Grace 1 Iran yang ditahan di Gibralta oleh Britain. (Gambar AFP)
TEHRAN:
Iran membebaskan kapal tangki minyak Britain, Stena Impero, yang ditahan di Selat Hormuz pada Julai atas “kesalahan maritim,” lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita swasta Iran pada Ahad.

Allahmorad Afifipour, pengurus besar Pelabuhan dan Maritim Hormozgan Iran yang mengesahkan perkara itu berkata, kapal tersebut akan memulakan pelayaran dari pelabuhan Bandar Abbas ke perairan antarabangsa “tidak lama lagi.”

Meskipun kapal tangki itu dibenarkan meninggalkan perairan Iran, “dokumen perundangan bagi kesalahannya masih dibuka dalam badan kehakiman Iran,” lapor agensi berita Tasnim memetik kenyataan Afifipour.

Iran menahan Stena Impero pada 19 Julai kerana mendakwa ia melanggar peraturan maritim ketika melewati Selat Hormuz dua minggu selepas Britain merampas sebuah kapal tangki Iran berhampiran Gibraltar.

Terdahulu, Iran membebaskan tujuh anggota kru kapal tangki itu.

Pegawai Iran menolak sebarang kaitan antara kes Stena Impero dan kapal tangki Grace 1 Iran oleh Britain.

Grace 1, yang dinamakan semula sebagai Adrian Darya 1, dibebaskan pihak berkuasa Gibraltar pada 16 Ogos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.