Jerebu: Sekolah, tadika, IPT di 3 daerah di Johor dibuka semula esok

Jerebu: Sekolah, tadika, IPT di 3 daerah di Johor dibuka semula esok

Status bacaan terkini IPU di semua stesen di Johor menunjukkan trend menurun yang banyak, di bawah IPU 200.

Pekan Tangkak diselungi jerebu. Dua hari lepas sesi persekolahan di daerah ini, Muar dan Pontian ditutup berikutan jerebu melepasi IPU 200. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Sesi persekolahan di 3 daerah di negeri ini yang ditutup pada 2 hari lepas berikutan jerebu yang mencetuskan keadaan udara sangat tidak sihat, akan beroperasi semula seperti biasa esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Azman Adnan berkata, keputusan itu dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Tangkak, Muar dan Pontian didapati mula menurun di bawah 200.

Katanya, semua kelas tadika dan sesi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di ketiga-tiga daerah tersebut juga akan dibuka semula esok.

“Berdasarkan status bacaan terkini IPU di stesen di Johor, ia menunjukkan trend menurun yang banyak, di bawah 200,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Azman berkata, bagi daerah yang mempunyai status IPU lebih daripada 100, aktiviti persekolahan di luar bilik darjah ditangguhkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.