Khalid: Warga tempatan tetap diutama beli rumah tidak terjual

Khalid: Warga tempatan tetap diutama beli rumah tidak terjual

Program Malaysia Rumah Keduaku adalah antara kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya masih terdapat rumah tidak terjual.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, jika masalah rumah tidak terjual gagal diatasi, kerajaan perlu memikirkan kepentingan pemaju dan reputasi industri hartanah negara.
KUALA LUMPUR:
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi jaminan kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembeli tempatan dalam menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual.

Khalid berkata, sekiranya usaha itu tidak berhasil, kerajaan perlu memikirkan kepentingan pemaju dan reputasi industri hartanah negara.

“Apabila adanya rumah tidak dijual, maka akan diusahakan untuk dijual kepada warga tempatan, jika masih tidak berjaya, maka sememangnya pihak kerajaan mesti memikirkan daripada segi kepentingan pemaju dan soal pasaran hartanah di negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H peringkat Wilayah Persekutuan, di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Khalid berkata, warga tempatan sentiasa didahulukan dalam pembelian rumah tidak terjual itu dan usaha itu akan dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu beliau berkata, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) adalah antara kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya masih terdapat rumah kosong tidak terjual.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjelaskan bahawa program MM2H akan digunakan bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual, bukan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) seperti yang dikatakannya sebelum itu.

Bagaimanapun katanya, ia masih dalam perbincangan di peringkat kementerian dan belum dibawa ke Kabinet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.