
“Ia boleh berlaku. Ia boleh berlaku. Tiada masalah dengan saya,” kata Trump kepada wartawan di White House pada Isnin.
Trump meningkatkan sekatan ke atas Iran sejak menarik diri dari perjanjian nuklear 2015 yang dimeterai antara Iran dan 6 kuasa dunia, mengatakan pakatan seumpama itu membuka jalan bagi Iran untuk memperoleh senjata nuklear.
Trump juga mendakwa Iran tidak melakukan apa-apa bagi mengubah keadaan yang didakwa oleh AS sebagai “kegiatan jahat” di rantaunya.
Hassan sebelum ini menegaskan Iran, yang tidak berhasrat menghimpunkan senjata nuklear, tidak akan berunding dengan AS sehingga Washington menarik balik sekatan yang dikenakan.
“Iran perlu mengambil tindakan kerana secara jujur, mereka berada dalam kedudukan yang sangat buruk sekarang,” kata Trump.
Minggu lepas, Trump berkata pertemuan dengan Hassan mungkin akan berlaku semasa Perhimpunan Agung PBB di New York bulan ini.
“Pastinya, apa pun boleh berlaku. Mereka mahu menyelesaikan masalah mereka,” kata Trump kepada pemberita White House pada Rabu, merujuk kepada inflasi di Iran.
“Kami boleh menyelesaikannya dalam masa 24 jam.”
Brian Hook, wakil khas AS ke Iran, berkata minggu lalu lebih banyak sekatan terhadap Iran akan muncul dan AS komited untuk mengadakan kempen “tekanan maksimum.”
Hassan memberitahu sidang terbuka Parlimen Iran pada Khamis: “Tiada keputusan untuk mengadakan perbincangan dengan AS dan terdapat banyak tawaran untuk perbincangan, tetapi jawapan kami akan sentiasa negatif.”
“Jika Amerika menarik balik sekatan seperti sebelum ini, ia boleh menyertai perbincangan pelbagai hala antara Tehran dan pihak-pihak dalam perjanjian 2015,” tambahnya.