
Salih berkata, perintah itu sebahagian daripada kesungguhan kerajaan untuk mempermudahkan kedatangan umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan haji dan umrah.
Katanya, perintah itu juga menggambarkan kesediaan Saudi menerima lebih ramai jemaah berikutan projek pembinaan infrastruktur mega dan pengembangan perkhidmatan di Makkah, Madinah dan tempat suci lain.
Beliau berkata, perintah itu juga menyokong usaha mencapai matlamat paling utama rancangan pembaharuan di bawah Wawasan 2030 negara itu iaitu menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah pada tahun itu.
Dalam pada itu, ia turut menyasarkan penyediaan kemudahan berkualiti bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadat dalam suasana selesa dan aman.