Jakim jangan tolak ansur piawaian halal, Wan Azizah jawab rungutan

Jakim jangan tolak ansur piawaian halal, Wan Azizah jawab rungutan

Timbalan perdana menteri berkata pengiktirafan Jakim paling berpengaruh dan ketat di dunia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
SERDANG:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diingatkan jangan bertolak ansur dengan piawaian halalnya, meskipun berdepan rungutan usahawan yang mendakwa pengiktirafan badan itu sukar diperoleh.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan orang ramai bahawa piawaian halal bukan sekadar hukum halal-haram, tetapi juga menjurus kepada aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

“Harus faham mengenai prosedur dan tatacara untuk mendapatkan kelulusan pensijilan halal daripada Jakim bagi memastikan piawaian produk yang disahkan menepati garis panduan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Halfest Jakim 2019 edisi ke-8 hari ini.

Beliau berkata pensijilan halal negara amat dikenali dan mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa.

Malah, Jakim juga badan pertama di dunia yang diberi tanggungjawab memantau industri halal.

“Pengiktirafan Jakim untuk badan halal antarabangsa adalah program sistem halal paling berpengaruh dan ketat di dunia, dengan lebih daripada 74 badan antarabangsa yang didaftarkan sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata Jakim perlu merangka usaha ke arah meningkatkan keupayaan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain, supaya dapat membantu usahawan mendapatkan sijil halal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.