
Bercakap pada satu forum di Cheras malam tadi, beliau mencadangkan kerajaan menggunakan perjanjian perdagangan bebas Asean dan Kumpulan 77 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan gaji tidak dinaikkan sehingga memberi kelebihan kepada pesaing.
Katanya, ini kerana Malaysia diperkenalkan kepada pelabur asing sebagai ekonomi gaji rendah, justeru mereka mungkin akan memindahkan perniagaan ke tempat lain sekiranya gaji dinaikkan terlalu tinggi.
“Keseluruhan kegiatan industrilisasi kita diasaskan pada gaji rendah. Kita terperangkap dalam sistem itu,” katanya.
Beliau juga mengingatkan langkah kenaikan gaji yang dibuat secara terpencil boleh menyebakan negara kehilangan pelaburan langsung asing yang penting.
“Perangkap pendapatan pertengahan adalah disebabkan negara kita terjalin dalam ekonomi dunia atas asas gaji rendah,” katanya.
“Untuk keluar, kita perlu mengubah seluruh paradigma kita.”
Kira-kira 70% rakyat Malaysia adalah pekerja bergaji dalam pelbagai sektor ekonomi.
Dalam manifesto pilihan rayanya tahun lepas, Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk menaikkan gaji minimum ke paras RM1,500 di semua sektor.
Bagimanapun dalam Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, gaji minimum dinaikkan ke paras RM1,000 sahaja.