Miri antara 3 kawasan catat IPU tidak sihat

Miri antara 3 kawasan catat IPU tidak sihat

Masalah jerebu dijangka berlarutan kerana jumlah titik panas meningkat dan faktor arah tiupan angin dari Indonesia.

Sri Aman mencatat IPU diikuti Samarahan 105 dan Miri 101.
MIRI:
Miri, Sri Aman dan Samarahan mencatat bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak berkata, Sri Aman mencatat IPU 122 diikuti Samarahan 105 dan Miri 101 dengan kemungkinan masalah jerebu dijangka berlarutan kerana jumlah titik panas meningkat dan faktor arah tiupan angin dari Indonesia.

“Arah tiupan angin jerebu dari Kalimantan, Indonesia akan memberi kesan kepada Kuching, Samarahan dan Sri Aman,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini sambil menambah jumlah titik panas di Kalimantan meningkat 3 kali ganda di Kalimantan berbanding semalam.

Ismail berkata, setakat ini 4 titik panas dikesan di Sarawak serta 462 di Indonesia iaitu 455 di Kalimantan dan 7 di Sumatera.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.