Populasi babi hutan kini semakin bertambah dan ia mampu mengatasi jumlah penduduk Melaka jika tidak dikawal dengan baik.

Namun sangat tidak dijangka binatang tersebut akan merentasi ke Melaka meskipun tahu babi hutan pandai berenang.
Perkara itu dinyatakan Exco Pertanian Negeri, Norhizam Hassan Baktee dan kecewa ia berlaku di negeri itu.
“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.
“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia” ujar beliau.
Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain.
Justeru itu, jabatan perhilitan negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar babi hutan di negeri itu.
Untuk membanteras masalah itu, Jabatan Perhilitan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar.
Pulau Besar terkenal sebagai tempat mistik dengan dengan adanya beberapa telaga dan peninggalan seperti kubur-kubur lama.
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah berlabuh di pulau itu sebelum meneruskan ekspedisi ke India, Sri Lanka dan Afrika.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]