Trik iPhone yang mungkin anda tidak tahu!

Trik iPhone yang mungkin anda tidak tahu!

iPhone mempunyai beberapa aplikasi yang mungkin ramai tidak tahu tentang bagaimana cara untuk menggunakannya.

Secara umumnya, ramai pengguna iPhone yang masih tidak tahu beberapa fungsi yang ada kerana telefon pintar ini mempunyai keunikan tersendiri.

Ia tidak sama dengan telefon pintar Android yang dilihat lebih mesra pengguna dan mudah untuk difahami walaupun baru sahaja menggunakannya.

Beberapa tips anda boleh amalkan bagi pengguna iPhone:

1. Caj bateri lebih cepat

Anda nak cepat dan pada masa yang sama perlukan iPhone dalam keadaan bateri pada tahap peratusan terbaik.

Tahukah anda bahawa cara terpantas untuk cas bateri penuh dengan cepat ialah dengan menetapkan telefon dalam Airplane Mode?

Ya, inilah cara paling pantas untuk anda mengecas bateri dengan cepat.

2. Buka aplikasi tidak jejaskan bateri

Sebelum ini ramai beranggapan bahawa dengan membuka dan membiarkan applikasi pada “background” boleh menyebabkan bateri cepat habis.

Hakikatnya perkara itu tak benar sama sekali. Malah melakukan tutup dan buka aplikasi berulang kali itu lebih memakan bateri!

3. Notifikasi lampu berkelip

Mahukan penggera notifikasi pesanan teks, panggilan atau aplikasi tanpa deringan?

Anda boleh tetapkan notifikasi dengan kelipan lampu pada bahagian belakang. Ikuti tetapan seperti di bawah:

  • Tekan “Setting”
  • Pilih “General”
  • Pilih “Accessibility”
  • Pilih LED “Falsh for Alerts”
  • Buka tetapan dengan slider menjadi warna hijau. Dan pastikan juga “Flash on Silent” dibuka sama.
  • Selama ini anda mungkin ambil gambar swafoto dengan menekan aplikasi kamera atau “slide” ke kiri (dalam keadaan lock) dan menekan butang suara yang terletak di bahagian tepi.

Namun pernahkan anda mencubanya dengan menggunakan arahan kepada Siri.

Apa yang anda perlu buat ialah dengan berkata, “Hey Siri, take a selfie”. Siri dengan pantas akan membuka kamera. Dan anda boleh terus ambil gambar!

4. Tambah butang home pada skrin

Bagi pengguna iPhone terkini seperti iPhone X dan iPhone XS, butang fizikal telah dilenyapkan.

Jika ingin gunakan butang home di atas skrin anda hanya perlu aktifkannya. Untuk mengaktifkan butang pada skrin ini anda perlu buat seperti berikut.

  • Pilih “Settings”
  • Pilih “General”
  • Pilih “Accessibility”
  • Pilih “Assistive Touch”
  • Alihkan slider menjadi hijau untuk “on shorcut apps” kegemaran

Tip ini hanya berhasil kepada iPhone yang mempunyai fungsi 3D Touch screen.

Terdapat banyak aplikasi yang menawarkan shortcuts untuk pengguna.

Dengan menekan ikon aplikasi dengan lama, terdapat “pop ups” akan muncul dan ia boleh digunakan untuk mengarahkan aplikasi tersebut melakukan apa yang anda mahu.

5. Fungsi seperti “Trackpad”

Tahukah anda dengan menekan butang “spacebar” pada papan kekunci di skrin ia akan berfungsi seperti “trackpad”.

Ini memudahkan anda melakukan pembetulan pada teks.

Fungsi hebat ini juga ditawarkan kepada pengguna iPhone yang mempunyai 3d Touch sahaja.

6. Goncang dan batalkan

Fungsi ini pastinya menjadi kegemaran buat anda yang gemar menulis di blog, laman media sosial dan pelbagai platform lagi. Jika anda ingin batalkan tulisan teks atau “undo”, anda hanya perlukan goncang telefon sahaja!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.