Tentera Turki mula latihan guna peluru berpandu Rusia

Tentera Turki mula latihan guna peluru berpandu Rusia

Latihan di Rusia itu melibatkan penyertaan anggota komando tentera udara.

ANKARA:
Tentera udara Turki menjalani sesi latihan menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu S-400 di Rusia, menurut Kementerian Pertahanan Turki, lapor agensi berita Anadolu.

“Latihan itu bermula di Gatchina, Rusia melibatkan penyertaan anggota komando tentera udara bawah projek sistem pertahanan udara dan peluru berpandu jarak jauh,” tulis kementerian menerusi Twitter pada Rabu.

Ankara menerima S-400 yang pertama pada Julai dan proses penghantaran selesai pada 25 Julai.

Pesanan kedua pula diterima pada 27 Ogos dan dijangka mengambil masa selama sebulan.

Selepas pelbagai usaha untuk membeli sistem peluru berpandu pertahanan udara dari Amerika Syarikat menemui jalan buntu, akhirnya pada April 2017 Turki menandatangani kontrak mengenai pembelian S-400 dengan Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.