
Menteri Maszlee Malek berkata pemilihan itu berdasarkan sumbangannya melalui karya dan pemikiran, terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, dan impak pada pada peringkat peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima,” katanya pada sidang media di kementerian hari ini.
Siti Zainon wanita kedua diangkat sebagai sasterawan negara selepas penyair, Zurinah Hassan pada 2015. Menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, anak kelahiran Kuala Lumpur ini terkenal dengan novel Pulau Renek Ungu (1995).
Dilahirkan pada 18 Disember 1949, Siti Zainon mempunyai lebih 100 karya bawah namanya termasuk 3 buah novel, 10 kumpulan 10, 25 kumpulan puisi, 7 antologi cerpen dan 5 antologi puisi.
Selain itu, beliau juga menghasilkan 18 buku kajian ilmiah, 21 esei kajian dalam buku, dan 21 esei monograf, jurnal, dokumentasi dan majalah katalog.
Puisi dan cerpennya juga telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Korea, Jepun, Perancis, Rusia dan Hindi.
Kegigihannya menyaksikan Siti Zainon antaranya menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebanyak 6 kali, Pingat Seri Mahkota Selangor, Southeast Asian Writers Award (1989), dan Anugerah Tokoh Seni Budaya dari Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (2015).