
Autisme adalah masalah perkembangan kompleks melibatkan interaksi sosial kanak-kanak.
Ia merangkumi masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.
Berhubung gangguan autisme, sudah bertahun-tahun pakar mencari punca autisme ini namun secara keseluruhannya, pengkaji mengatakan gangguan autisme mungkin berkaitan dengan struktur otak dan ketidakstabilan fungsi otak.
Baru-baru ini terdapat kajian mendedahkan sesuatu yang perlu difikirkan ibu bapa bagi mengelak masalah autism ini terjadi kepada anak-anak.
Meskipun ia bukan penyebab utama masalah autism, namun lebih baik perkara itu diatasi sebelum ia terjadi.
Seorang doktor dan Penasihat Kanak-Kanak, Dr. Harvey Karp berkata punca autism ialah pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik yang membahayakan kesihatan.
Menurutnya, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia seperti endoktrin (EDC) antara punca berlakunya austism.
Di antara contoh botol yang mempunyai kimia endoktrin
1. Botol air plastik, botol susu dan makanan dalam tin yang mengandungi BPA.
2. Botol air plastik, botol susu dan makanan dalam tin yang mengandungi phthalates.
Bagaimana EDC boleh menyebabkan autisme?
Hormon boleh mengawal isyarat otak. Namun, EDC boleh memasuki minda bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan mengubah perkembangan otak mereka.
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), EDC boleh mengubah dan menjejaskan fungsi reproduktif manusia.
Malah, ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara, menjejaskan pertumbuhan dan sistem imun badan kanak-kanak.
Hormon dalam badan lelaki dan juga berbeza dimana gangguan autisme lebih banyak menyerang kanak-kanak lelaki berbanding wanita.
Bagaimana ibu bapa boleh mengelak BPA dalam plastik botol?
Anda bukan saja perlu risau tentang BPA. BPS juga salah satu alternatif lain untuk BPA juga sama-sama berbahaya.
Kadang-kala, ada sesetengah produk yang menulis ia “bebas BPA”. Tetapi, ia mungkin masih boleh mengandungi BPS!
Apa ibu bapa patut buat:
1.Jangan beli buah-buahan atau sayur-sayuran dalam tin. Tin mengandungi BPA atau BPS.
2.Beli buah atau sayur segar.
3. Beli produk berasaskan silikon kerana ia bebas BPA dan BPS.
4. Elak produk plastik yang ada label #7 kerana ia mungkin bebas BPA, tetapi masih mengandungi BPS.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]