Prasarana: Bas ‘mini’ 8 meter mula beroperasi hari ini

Prasarana: Bas ‘mini’ 8 meter mula beroperasi hari ini

Menurut Prasarana projek eksperimen di laluan T300 antara Ampang Point dan Bukit Indah mencatatkan 21 perjalanan sejak 5.30 pagi tadi dengan 3 buah bas beroperasi dan kira-kira 200 penumpang selepas 6 jam perkhidmatan.

Prasarana berkata, projek eksperimen laluan T300 menggunakan bas 8 meter akan berjalan selama 3 bulan dengan perkhidmatan harian berakhir pada pukul 11.40 malam.
KUALA LUMPUR:
Projek eksperimen bas 8 meter di laluan T300 antara hab Ampang Point dan Bukit Indah yang bermula hari ini menyaksikan purata 10 penumpang bagi setiap perjalanan, menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Kenyataan Prasarana hari ini menyebut, sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 21 perjalanan dijalankan sejak 5.30 pagi dengan 3 buah bas beroperasi dan kira-kira 200 penumpang menaikinya selepas 6 jam perkhidmatan.

“Jumlah penumpang bagaimanapun, dijangka meningkat pada Selasa ini (3 Sept) apabila sekolah dibuka semula dan orang ramai mula bekerja selepas cuti panjang 3 hari kerana cuti am Hari Kemerdekaan semalam dan sambutan Maal Hijrah hari ini,” menurut kenyataan itu.

Projek eksperimen laluan bas T300 menggunakan bas 8 meter itu akan berjalan selama 3 bulan juga bagi memantapkan lagi perjalanan “first mile, last mile” dengan perkhidmatan harian berakhir pada pukul 11.40 malam.

“Sebelum ini laluan T300 menggunakan 2 bas biasa, iaitu bas 12 meter, untuk laluan sepanjang 11 kilometer dengan purata 800 penumpang sehari dan 24,000 penumpang sebulan.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha Prasarana dan anak syarikatnya, Rapid Bus dalam program transformasi sistem pengangkutan awam negara bagi menyediakan perkhidmatan berkelas dunia,” jelas kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.