Kipas makin perlahan, ini cara baiki tanpa modal besar

Kipas makin perlahan, ini cara baiki tanpa modal besar

Kipas menjadi satu barang wajib yang ada dalam rumah tapi apabila ia tidak berfungsi seperti yang dikehendaki sudah pasti ia akan merunsingkan.

Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berada di garisan khatulistiwa sememangnya diketahui sebagai lembap dan kering sepanjang tahun.

Namun jika tiba musim panas, pasti kipas memainkan peranan penting untuk memberi persekitaran yang nyaman dan selesa.

Bagaimanapun masalah akan timbul apabila kipas anda tidak berfungsi seperti ketika anda beli waktu awal-awal dahulu.

Kenapa agaknya kipas makin lama makin perlahan dan tidak lagi sejuk seperti dahulu?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @Lutfyhady telah berkongsi tip untuk membaiki kipas anda yang sudah tidak lagi menyejukkan.

Ini caranya membaiki kipas yang mudah dan modal tidak sampai RM10:

Harga alatan ganti yang dibeli:

1. Capasitor: RM4

2. Solder dengan timah: RM2.10

Langkah-langkah membaiki kipas:

1. Pertama sekali, buka sangkar kipas dan “unscrew” penutup kepalanya sehingga terbuka penutup depan tersebut.

2. Kemudian, tanggalkan telinga iaitu penutup pada bahagian atas dimana berfungsi untuk membolehkan kipas berpusing. Kipas seperti ini kebiasaanya boleh dicabut terus tetapi ada juga jenis yang kena buka skru di dalamnya.

3. Selepas itu, buka penutup motor dan anda boleh nampak kotak hitam iaitu capasitor.

4. Kemudian, lihat capasitor anda, macam capasitor pada kipas saya value 1.5 uF (micro-farad). Beli di kedai hardware mengikut value tersebut atau beli value lebih sedikit tetapi jangan terlalu tinggi kerana motor kipas boleh rosak dalam jangka masa panjang.

5. Disebabkan saya agak malas untuk buka banyak bahagian dan capasitor sudah berada di luar, jadi saya terus kerat dan solder dengan timah menggantikan dengan capasitor yang baharu.

6. Kemudian, gunakan tape berwarna hitam untuk wayar tersebut.

7. Setelah siap, pasang semula skru pada keadaan asal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.