Aktivis Hong Kong Joshua Wong ditahan

Aktivis Hong Kong Joshua Wong ditahan

Joshua Wong ditahan selepas pemimpin sebuah kumpulan yang menganjurkan perarakan besar-besaran di Hong Kong, diserang 2 lelaki bertopeng dan bersenjata.

Joshua Wong ditahan kira-kira 7.30 pagi Jumaat ketika beliau dalam perjalanan ke stesen kereta bawah tanah. (Gambar AFP)
HONG KONG:
Aktivis terkenal Hong Kong, Joshua Wong ditahan dalam protes berterusan di pusat kewangan Asia itu, kata parti politik yang diasaskan bersamanya, Demosisto dalam satu kenyataan.

Wong yang dipenjarakan atas peranannya dalam gerakan pro-demokrasi Hong Kong pada 2014, ditahan kira-kira 7.30 pagi tadi ketika beliau dalam perjalanan ke stesen kereta bawah tanah.

Seorang jurucakap polis enggan mengulas mengenai laporan penahanan Wong.

Penahanan Wong – yang merupakan subjek dalam satu dokumentari Netflix bertajuk “Joshua: Remaja vs kuasa besar” – dibuat ketika pihak berkuasa China dan Hong Kong berdepan protes hujung minggu buat minggu ke-13 berturut-turut di bekas tanah jajahan British itu.

Berpunca daripada cadangan rang undang-undang untuk membenarkan ekstradisi ke China, pergolakan politik berikutnya – yang termasuk pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis – adalah yang terburuk sejak Hong Kong kembali ke pangkuan China pada 1997.

Penahanan Wong menyusul selepas pemimpin sebuah kumpulan yang menganjurkan perarakan besar-besaran di Hong Kong, diserang 2 lelaki bertopeng dan bersenjata.

Pegawai Barisan Hak Asasi Manusia Sivil, Jimmy Sham, berkata serangan itu dilakukan 2 lelaki yang bersenjatakan sekurang-kurangnya sebatang pemukul besbol dan pisau panjang di sebuah restoran di Kowloon.

Sementara itu, penganjur satu perarakan di Yuen Long pada Julai lalu, Max Chung, berkata beliau diserang 4 lelaki semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.