
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Saiful atau mengenalinya supaya menghubungi polis.
Dipercayai Saiful ini juga merupakan saksi penting dalam kes kehilangan seorang aktivis dari Perlis, Amri Che Mat yang hilang pada Nov 2016.
Di siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke atas kehilangan Amri, nama “Saiful Bahari” disebut sebagai pemilik sebuah kenderaan yang dilihat meninjau rumah Amri.
Menurut peguam Amri, David Morais, Saiful, yang merupakan orang awam yang bekerja dengan polis, berhenti pergi ke pejabat pada lewat 2017 dan menghilangkan diri tanpa sebarang jejak.
Morais berkata cukai jalan dan insurans kenderaan Saiful masih sah, dan mempersoalkan kenapa polis tidak membawa Saiful ke inkuiri itu.
Suhakam dalam laporannya menyalahkan Cawangan Khas atas kehilangan Amri, dan bertanggungjawab ke atas kehilangan seorang lagi individu, Pastor Raymond Koh pada Februari 2017.