Polis minta pemimpin Umno serah analisis video seks gay dibuat syarikat UK

Polis minta pemimpin Umno serah analisis video seks gay dibuat syarikat UK

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman meminta Lokman Noor Adam menyerahkan salinan video yang diberikan kepada Verden Forensics bersama laporan penuhnya.

Lokman Noor Adam berkata, beliau kini berada di Indonesia dan hanya boleh menemui polis pada 2 September ini.
GEORGE TOWN:
Polis meminta Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam menyerahkan laporan forensik dilakukan sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom ke atas video seks sejenis yang menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Dalam surat yang dihantar Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada Lokman semalam, polis meminta salinan video yang diberikan kepada penyedia perkhidmatan analisis forensik, Verden Forensics bersama laporan penuhnya.

Lokman ketika dihubungi FMT berkata, beliau memberitahu polis beliau hanya boleh menemui mereka pada 2 September ini kerana kini berada di Indonesia.

“Apapun, peguam saya akan meneruskan saman terhadap ketua polis negara dan peguam negara kerana gagal menjalankan tugas mereka dalam mendakwa Azmin serta Haziq.”

Beliau merujuk bekas ketua Pemuda Bahagian Santubong, Haziq Aziz yang mengaku terbabit dalam video seks sejenis itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi ia dinafikan timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Berdasarkan laporan ringkasan Verden Forensics, klip video itu tulen dan 2 individu terbabit sama dengan gambar mereka.

Pada 18 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.