Sarapan percuma dikendali kantin, dana akan diteliti, kata kementerian

Sarapan percuma dikendali kantin, dana akan diteliti, kata kementerian

Kementerian juga mengambil pandangan pakar-pakar pemakanan bagi menjamin kualiti hidangan.

PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan mengumumkan Program Sarapan Percuma (PSP) di sekolah rendah akan disediakan oleh pengendali kantin dan akan diurus menggunakan kaedah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Katanya lagi, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membincangkan peruntukan yang bakal digunakan untuk program itu.

“Penggunaan dana daripada cukai gula merupakan sebahagian daripada cadangan yang akan diteliti dalam jawatankuasa ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai kos sarapan bagi setiap murid, kementerian berkata ia sedang meneliti kos yang bersesuaian bagi memastikan semua murid dapat menikmati hidangan yang baik dan berkualiti.

“Proses penentuan menu adalah melalui perbincangan berterusan dengan Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan,” katanya.

Katanya lagi, program ini menyasarkan semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang.

Dicadang dilaksanakan 30 minit bagi sekolah sesi pagi dan petang, PSP akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.