5 sebab banyak ‘vending machine’ di Jepun

5 sebab banyak ‘vending machine’ di Jepun

Jepun yang dikenali sebagai sebuah negara maju mengamalkan sistem kurangkan kos buruh dan jimatkan ruang yang ada, jadi dengan ‘vending machine’ mampu memenuhi keperluan semua.

Betulkah Jepun sebuah negara “vending machine”?

Tahukah anda ratio 4 “vending machine” bersamaan dengan satu rakyat Jepun?

Vending machine atau juga dikenali mesin layan diri di Malaysia merupakan mesin yang menjual pelbagai jenis benda dengan hanya memasukkan wang kertas atau syiling ke dalamnya dan kebiasaanya jual air tin atau botol.

Dan Jepun merupakan negara yang paling banyak vending machine di dunia.

Setiap penjuru, setiap lorong dan setiap ceruk mempunyai mesin ini.

Apa yang menarik, “vending machine” ini turut menjadi salah satu budaya yang unik di Jepun.

Tanya sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun, tentu mereka akan mengakui tentang perkara ini.

Setiap tempat di Jepun mempunyai harga yang berbeza tetapi pada dasarnya adalah 100¥ untuk setiap satu minuman botol kecik.

Jika bertuah, anda boleh jumpa yang berharga 50¥ di beberapa tempat pedalaman dan ada satu tempat di perkampungan kawasan Osaka yang menyediakan air dengan harga 10¥ tetapi air tidak boleh dipilih.

Ada beberapa andaian yang boleh diketengahkan kenapa Jepun mempunyai “vending machine” yang terlampau banyak sehinggakan di puncak gunung Fuji juga turut mempunyai 2 vending machine ini.

1. Kos buruh

Disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, tidak menerima warga asing dan kadar kelahiran yang rendah menyebabkan kos buruh di Jepun sangat-sangat tinggi.

Jadi dengan adanya vending machine ini boleh mengurangkan kos untuk membayar gaji.

2. Peningkatan harga tanah dan rumah

Tanah di tengah bandar Jepun sekarang meningkat dengan mendadak dan bersaing hebat dengan peningkatan ekonomi dan juga kemajuan mereka.

Tanpa adanya kedai, pengusaha vending machine boleh mengurangkan kos sewaan tapak.

Lagipun keluasan 10”x10” boleh memuatkan 4-5 mesin ini berbanding sebuah kedai runcit.

3. Kurang jenayah

Walaupun vending machine diletakkan di celah-celah lorong gelap dan juga di kampung, masih kurang laporan terhadap kegiatan pecah mesin dan juga vandalism.

Dan setiap vending machine di Jepun ini turut mempunyai kamera tersendiri di dalamnya dan juga sambungan terus ke pos polis terdekat jika berlaku perkara yang mencurigakan.

4. Banyak duit syiling

Duit syiling di Jepun sangat bernilai.

Jika diambil persamaan epal kepada epal, nilai 100¥ adalah bersamaan dengan RM1 tetapi ianya dalam bentuk syiling dan bukannya duit kertas.

Jadi dengan lebihan syiling di dalam poket akan membuatkan seseorang untuk membeli walaupun tidak perlu kerana hanya ingin mengurangkan beban dalam poket atau juga serabut melihat lebihan syiling.

5. Dunia teknologi robot

Jepun dipandang tinggi oleh seluruh negara luar sebagai pengeluar robotik dan juga pelbagai jenis mesin yang hebat.

Jadi untuk mengekalkannya sebagai negara mesin yang hebat dan dipandang seantero dunia, mereka mengekalkan dan menambah vending machine di merata-rata.

Malah, ada yang canggih siap boleh masak pizza on the spot.

Di Jepun, bukan hanya “vending machine” air yang ada.

Mereka turut meletakkan fresh coffee, sayur, mainan, rokok dan makanan ringan.

Sumber: thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.