Kisah nenek Instafamous jadi ikon fesyen

Kisah nenek Instafamous jadi ikon fesyen

Bukan wanita muda dan cantik sahaja boleh jadi ikon kini wanita yang bergelar nenek juga boleh jadi ikon fesyen dan produk kecantikan.

Terkenal dengan tagline “Stealing Ur Man Since 1928“, wanita yang dikenali sebagai Baddie Winkle mula populardi dunia digitalselepas cucunya memuat naik gambarnya memakai baju Tie-dyedan berseluar jeans pendek di Instagram dan Twitter pada tahun 2014.

Kini, Baddie Winkle atau nama sebenarnya, Helen Ruth Elam yang lahir pada tahun 1928 merupakan ikon fesyen dan mempunyai lebih daripada 3 juta followersdi Instagram.

Tahun 2019 ni, Baddie Winkle sudah berumur 91 tahun.

Pada tahun 2016, Baddie Winkle pernah juga dijemput untuk datang ke MTV Music Awards sebagai selebriti popular di media sosial.

Pada tahun 2016 juga, Baddie Winkle pernah dipilih untuk bekerjasama dengan produk kosmetik ternama di dunia iaitu Urban Decay.

Walaupun di media sosial Baddie Winkle nampak bahagia macam tiada masalah langsung, tapi sebenarnya ada dua kenangan pahit yang tak dapat dilupakan oleh Baddie Winkle sehingga kini.

Suaminya, Earl George Van Winkle meninggal dunia dalam kemalangan kereta semasa ulang tahun perkahwinan yang ke-35 dan anak lelakinya meninggal pada tahun 1999 di usia 46 tahun disebabkan kanser tulang.

Yang terkini, pada tahun 2019, Baddie Winkle secara rasminya memasarkan produk kosmetiknya untuk pasaran seluruh dunia yang dikenali sebagai INC.redible.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.