
Beliau berkata mereka yang terlibat terdiri daripada warga tempatan dan warga asing, tetapi tidak menyatakan pecahannya.
“Mereka didapati terbabit dalam kegiatan yang kami anggap sebagai pengganas yang dilihat dalam konteks undang-undang kesalahan dan kesannya adalah membawa ancaman.
“Mereka ditahan di bawah tindakan kuat kuasa undang-undang sedia ada sama ada Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma),” katanya pada sidang media, Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan dalam Mencegah dan Menangani Ekstremisme Keganasan (PCVE) hari ini.
Muhyiddin berkata menerusi maklumat dan rekod polis, semua individu itu kini ada yang dijatuhkan hukuman dan sebahagiannya masih ditahan.