Digigit nyamuk memang satu perkara yang ditakuti tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa.

Mungkin kita lihat nyamuk hanyalah satu serangga kecil tetapi ia sangat berbahaya kerana mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti malaria dan denggi.
Malah pada tahun ini sahaja, jumlah kes demam denggi di Malaysia menunjukkan peningkatan lebih 86% kepada 71,151 kes dalam tempoh 6 bulan.
Negeri Selangor pula mencatatkan jumlah tertinggi dengan 45,423 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 9,168 kes.
Selain menjaga kebersihan di kawasan rumah seperti tidak membiarkan air bertakung, menggunakan penyembur nyamuk terdapat beberapa cara lain untuk menghalau serangga pembunuh ini termasuk menaman 5 tumbuhan ini di rumah anda.
1. Basil

Ini kerana aroma daunnya yang menyengat membuatkan nyamuk tidak berani untuk mendekatinya.
Malah terdapat kajian oleh Malaria Journal pada 2011 mendapati, minyak yang diperbuat daripada daun basil memberikan perlindungan nyamuk sehingga 100%.
2. Lemon Balm

Tidak seperti manusia, nyamuk cukup tidak suka dengan baunya.
Atas sebab itu, adalah sangat baik jika anda tanam pokok ini di halaman rumah anda.
3. Catnip

Menurut kajian, pokok ini menghasilkan minyak yang dipanggil nepetalactone yang dikatakan lebih efektif daripada racun serangga.
4. Serai

Tidak hanya itu, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan termasuk sebagai penghalau nyamuk.
Kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Universiti of New Mexico, Amerika Syarikat mendapati serai bukan sahaja dapat menghalau nyamuk malah membunuh larva nyamuk.
5. Lavender

Pokok ini mengandungi dua zat iaitu linalool dan lynalyl asetat yang sudah cukup membuatkan nyamuk lari.
Atas sebab itu ramai yang meletakkan pokok ini di tingkap atau pintu bagi menghalang nyamuk masuk ke dalam rumah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]