
Menerusi Twitter sebuah pergerakan pro-palestin dikenali Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) mengatakan ahli kongres Alexandria Ocasio-Cortez, pelakon Cynthia Nixon dan aktivis Gloria Steinmen turut menggesa pihak lain tidak melawat Israel.
“Saya mahu lihat komitmen daripada wakil saya di Washington untuk tidak pergi ke Israel sehingga semua anggota Kongres dialu-alukan,” tulis Nixon dalam Twitter.
Dua kongres wanita itu dilarang masuk ke Israel pada 15 Ogos.
Ocasio-Cortez berkata, larangan tersebut menggugat hubungan diplomatik antarabangsa.
Rejim Israel melarang Rashida Tlaib dan Ilhan Omar dari melawat negara itu dan Tebing Barat yang diduduki, susulan Presiden Donald Trump menulis di Twitternya “ia akan menunjukkan kelemahan yang jelas” andai mereka dibenarkan masuk.
Keputusan itu menerima kecaman hebat Senator Republikan Marco Rubio menyifatkan keputusan itu satu “kesilapan.”
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, larangan itu kerana Tlaib dan Omar merupakan penyokong tegar gerakan boikot terhadap Israel.