Datang 4 jam awal, kata MAHB selepas KLIA alami gangguan sistem

Datang 4 jam awal, kata MAHB selepas KLIA alami gangguan sistem

Gangguan itu dijangka berterusan sepanjang hari ini.

KLIA mengalami gangguan sistem yang menjejaskan penumpang.tempatan
PETALING JAYA:
Gangguan sistem di KLIA malam tadi menjejas beberapa perkhidmatan kritikal, dengan penumpang dinasihatkan supaya tiba sekurang-kurangnya 4 jam lebih awal sebelum waktu berlepas.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata gangguan itu menjejaskan sambungan internet, paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

“Sejak gangguan itu, pasukan kami bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan, tetapi juga untuk meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang,” kata pengendali lapangan terbang itu sambil menambah ia menjangkakan masalah itu akan berlangsung sepanjang hari.

MAHB juga berkata penumpang boleh mendapatkan bantuan “Duta CARE” di lapangan terbang atau menghubungi 03-8776 2000 untuk maklumat penerbangan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.