
Penerbangan A321 Ural Airlines melakukan pendaratan itu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky, yang terletak di tenggara Moscow, selepas enjinnya dirempuh burung, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia.
Pesawat itu dalam perjalanan dari Moscow ke Simferopol di Crimea, dengan membawa 226 penumpang dan 7 kru.
Sputnik melaporkan pesawat itu mendarat di sebuah ladang jagung berhampiran lapangan terbang tersebut.
Semua penumpang segera dibawa keluar dan mereka yang cedera dalam insiden itu dihantar ke beberapa hospital berhampiran.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Rusia pada Khamis, hanya seorang masih berada di sebuah hospital wilayah Moscow manakala 22 lagi dibenarkan pulang.