
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi membincangkan pembangunan lapangan terbang itu.
“Pada perbincangan itu, kami turut mengenal pasti kriteria baru lapangan terbang bagi membolehkan kapal terbang bersaiz besar mendarat di lapangan terbang tersebut.
“Dengan pelan pembangunan pelancongan yang baru di Lahad Datu yang sedang dirangka, kita mahu bukan sahaja pesawat ringan, malah pesawat jenis Boeing turut mendarat dan membawa pelancong ke kawasan pantai timur Sabah ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan salat sunat Aidiladha di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama di sini hari ini.

“Di Parlimen Silam ini banyak produk pelancongan dan pelan tindakan ini penting untuk disegerakan pelaksanaannya nanti,” katanya.
Mohamaddin berkata, 2 inisiatif terbaru itu akan menaikkan lagi nama Lahad Datu dan bakal menjanjikan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi di Pantai Timur Sabah.
“Selain itu kita juga bakal menyaksikan peningkatan peluang pekerjaan sehingga 30% di daerah ini nanti,” katanya.