Caruman KWSP: Bernama sedia kerjasama penuh siasatan MOF

Caruman KWSP: Bernama sedia kerjasama penuh siasatan MOF

Terdahulu hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementeriannya akan menyiasat dakwaan bahawa Bernama menggunakan caruman KWSP pekerja untuk membayar gaji.

Bernama didakwa menghadapi kekangan kewangan yang memberi kesan kepada caruman KWSP pekerja dan bayaran balik pinjaman walaupun potongan gaji dilakukan.
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengambil maklum kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini agar Kementerian Kewangan menyiasat dakwaan bahawa Bernama menggunakan caruman untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar gaji bulan Julai para petugasnya.

Dalam satu kenyataan Bernama berkata, ia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan siasatan itu.

Lim dalam kenyataannya itu berkata, siasatan berkenaan perlu bagi menentukan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas situasi serius yang berlaku dan menyekat pembayaran caruman KWSP agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Menurut satu laporan portal semalam, Bernama didakwa menghadapi kekangan kewangan yang memberi kesan kepada caruman KWSP pekerja dan bayaran balik pinjaman walaupun potongan gaji telah dilakukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.