5 pakar nuklear Rusia maut di tapak ujian tentera

5 pakar nuklear Rusia maut di tapak ujian tentera

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, 2 orang maut dalam nahas yang berlaku Khamis lepas.

Agensi tenaga atom Rusia berkata, 5 pakarnya maut dalam satu ujian melibatkan enjin roket menggunakan pendorong cecair.
MOSCOW:
Lima pakar Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) dan Kementerian Pertahanan maut dalam satu kemalangan di sebuah tapak ujian tentera dalam Wilayah Arkhangelsk, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan sumber kementerian pada Sabtu.

Rosatom sebelum ini berkata, 5 petugasnya maut semasa satu ujian dijalankan yang membabitkan enjin roket menggunakan pendorong cecair.

Kementerian Pertahanan berkata, 2 orang maut ketika nahas itu berlaku pada Khamis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.