Ketua pegawai kewangan TH Plantations digantung tugas selepas audit forensik

Ketua pegawai kewangan TH Plantations digantung tugas selepas audit forensik

Mohamed Azman Shah Ishak menerima surat tunjuk sebab susulan hasil audit forensik yang dijalankan TH Plantations Bhd baru-baru ini.

TH Plantations berkata, Mohamed Azman Shah Ishak diberi 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pegawai Kewangan TH Plantations Bhd (THP), Mohamed Azman Shah Ishak menerima surat tunjuk sebab berikutan dapatan daripada audit forensik yang dijalankan syarikat itu baru-baru ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, THP berkata, Penolong Pengurus Besar Kewangan, Marliyana Omar dan Pengurus Kanan Kewangan, Hamidah Hassan akan menjalankan tugas Azman buat sementara.

“CFO juga perlu memberi jawapan bertulis kepada surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari dari sekarang. Beliau digantung daripada tugasan sehingga notis selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.