Seni khat patut jadi subjek pilihan, kata Rafidah

Seni khat patut jadi subjek pilihan, kata Rafidah

Bekas menteri itu berkata, Kementerian Pendidikan tidak harus mewajibkan pembelajaran seni khat, tetapi mempromosikannya untuk kreativiti.

Rafidah Aziz berkata, beliau menghantar pesanan mesej kepada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik untuk membantah isu seni khat. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz tidak bersetuju tulisan khat dijadikan sebahagian kurikulum sekolah, sebaliknya beliau mencadangkan ia dijadikan subjek elektif bagi pelajar yang berminat dalam seni halus.

“Persoalannya adalah anda mahu menjadikannya (khat) subjek atau elektif. Jika elektif itu adalah baik kerana ada orang yang terlibat dalam seni halus ini.

“Jangan jadikannya elektif sehingga membebankan pelajar. Jangan jadikan seolah-olah kita membuat anda belajar khat, ini satu tindakan tidak bijak. Ada perkara lain yang perlu dipelajari. Ini tidak perlu dipelajari, ia harus menjadi elektif,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Seri Wacana Perdana 21 bertajuk “Faktor menghalang kemajuan ekonomi Malaysia dan bagaimana mengatasinya” di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Rafidah berkata, khat bukan jawi, bahasa atau subjek, tetapi ia adalah sejenis tulisan seperti kaligrafi Cina.

Katanya, Kementerian Pendidikan tidak harus mewajibkan pembelajaran khat, tetapi mempromosikannya untuk kreativiti.

Terdahulu, Rafidah dalam ucapannya berkata, beliau menghantar pesanan mesej kepada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik untuk membantah isu khat susulan pengumuman kementerian baru-baru ini yang akan memasukkan khat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 mulai tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.