
Apabila seseorang berasa letih dan tertekan, pasti ada yang terdetik ingin pergi ke spa bagi merehatkan dan memanjakan diri.
Ini kerana dengan melakukan rawatan di spa ia mampu memberi ketenangan dan membuka ruang minda untuk merehatkan tubuh badan.
Namun jangan ingat hanya orang dewasa sahaja perlu menjalani rawatan spa, sebaliknya bayi juga boleh merasai pengalaman ini.
Meskipun mereka tidak menyatakan secara fizikal yang mereka itu stress, namun kadang kala ia diluahkan dalam bentuk jeritan dan tangisan.

Pendedahan awal tentang air kepada si kecil bukan suatu perkara baru kerana bayi sememangnya tinggal di dalam balutan cecair selama 9 bulan.
Mereka bergerak dan “berenang” di dalamnya, jadi mereka sudah biasa dengan persekitaran sebegini.
Oleh itu, pernahkah anda terfikir mungkin bayi juga memerlukan spa bayi dan urutan?
Jika anda perasan, ia menjadi trend terkini di mana kebanyakan ibu membawa anak mereka yang masih bayi ke spa.
Secara asasnya, merendam bayi di dalam air, atau dipanggil terapi hidro, memberi banyak kebaikan kepada kesihatan fizikal dan minda si kecil.

Ini kerana, ketika direndam dan berenang, bayi anda melakukan “senaman” fizikal yang menyeluruh.
Menurut pengarah Urusan Hippopo Baby Spa & Wellness, Stephanie Tan, spa untuk bayi akan membaiki masa tidur menjadi lebih lena dan lama.

“Bila bayi berenang di dalam air, ia merupakan terapi hidro untuk bayi itu kerana ia akan menggunakan segala kekuatan untuk melawan arus di dalam air, kerana ada jakuzi dan ‘blower’ di dalam air.
“Berada di dalam air hanya 15 minit, cukup untuk bayi merehatkan diri dengan tidur yang lebih lama,” katanya kepada FMT.
Asasnya, air sinonim dengan kehidupan bayi kerana dapat menenangkan si manja.
Apabila diletakkan di dalam air kolam spa yang suam, dipakaikan pelampung di tengkuknya dan diputarkan lagu yang menenangkan, anda memang boleh melihat kegembiraan di wajah si manja.

“Mereka akan bergerak bebas di tempat yang disediakan, dekat dengan televisyen, dipasangkan lagu kanak-kanak jadi mereka akan tertarik.
“Selepas itu mereka akan dipakaikan lampin pakai buang khas sebelum masuk ke dalam ‘tub’ selama 20 minit,” katanya lagi.
Selain itu menurut Stephanie, kaedah terapi hidro itu akan membuatkan bayi kurang gelisah, membantu tumbesaran dengan lebih cepat, membuang angin, dan ada yang berjalan lebih cepat dari waktu sepatutnya kerana bayi tidak pasif.
Kemudian, bayi akan diurut secara perlahan (massage) dengan teknik yang diajar pihak Hippopo, menggunakan minyak terapi khas yang disediakan, membuatkan bayi lebih selesa dan relaks, bersedia untuk tidur lebih lena.

“Saya buat semua ini setelah pergi ke Singapura, di sana terdapat spa bayi dan juga ‘massage’. Pertama kali saya cuba untuk anak saya, malam itu dia tidur sangat lena. Kekerapan bangun hanyalah untuk susu sahaja.
“Kemudian saya cari tempat seperti ini di Malaysia, tidak ada. Jadi saya dan suami berbincang yang kita ingin membuka bisnes ini di sini untuk kebaikan semua ibu bapa,” ujarnya.
Jelas beliau, memandangkan permintaan semakin meningkat, Hippopo mempunyai 14 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak, dan lebih 100,000 bayi telah mencuba servis ini sejak ia dibuka pada 2013.
Pakej bermula RM88 untuk 1 sesi selama 50 minit, termasuk gym + spa dan urutan.
Dan bagi bulan Kemerdekaan bulan Ogos ini, Hippopo Baby Spa & Wellness menawarkan “Hooray Merdeka Package” RM299 untuk 5 sesi spa bermula 15 Ogos sehingga 1 September 2019.



Pakej asal sebelum ini berharga RM350.
Anda mungkin pembaca bertuah kerana Hippopo Baby Spa & Wellness menawarkan 2 baucar untuk bayi anda.
Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem disini
atau di laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan.
Ini yang perlu ada lakukan “Like-Tag3kawan-shareposting-Jawab”
- Apakah nama terapi yang digunakan untuk merendam bayi di dalam air?
- Berapa cawangan yang Hippopo Baby Spa & Wellness ada di seluruh Malaysia?
- Hippopo Baby Spa bagus untuk kesihatan bayi kerana…..
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]