Tentera Rusia padam kebakaran hutan seluas 70,000 hektar di Siberia

Tentera Rusia padam kebakaran hutan seluas 70,000 hektar di Siberia

Menurut data Perkhidmatan Udara Perlindungan Hutan Rusia kebakaran melibatkan 3 juta hektar hutan di negara itu.

Pasukan udara Kementerian Pertahanan Rusia melepaskan kira-kira 6,000 tan air ke atas kawasan hutan yang dijilat api di Siberia sejak operasi memadam kebakaran hutan bermula.
MOSCOW:
Pasukan udara Kementerian Pertahanan Rusia berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 70,000 hektar di wilayah Krasnoyark dan Irkutsk di Siberia sepanjang 4 hari lepas, lapor agensi berita Xinhua memetik kementerian berkenaan Ahad.

Pasukan udara kementerian itu melepaskan kira-kira 6,000 tan air ke atas kawasan hutan yang dijilat api sejak operasi itu bermula.

Kebakaran hutan melibatkan 303,000 hektar hutan dipadamkan pada Ahad, kata kenyataan itu.

Pesawat pengangkut II-76 dn helikopter Mi-8 milik Kementerian Pertahanan Rusia terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

Rusia mengisytiharkan darurat di kawasan hutan 4 wilayah di Siberia dan Timur Jauh.

Menurut data Perkhidmatan Udara Perlindungan Hutan Rusia kebakaran melibatkan 3 juta hektar hutan di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.