Pasangan ada masalah bau mulut, 4 cara bantu atasinya

Pasangan ada masalah bau mulut, 4 cara bantu atasinya

Terdapat beberapa pendekatan untuk menegur secara berhemah tanpa memalukan jika rakan atau pasangan anda mempunyai masalah bau mulut atau pernafasan.

Mempunyai rakan yang mempunyai masalah bau badan atau bau mulut satu masalah besar terutama sekali jika kita perlu berurusan dengannya.

Malah ada yang terpaksa tahan nafas apabila berdepan pasangan atau rakan yang mempunyai masalah bau mulut.

Bagaimanapun sekuat atau sekental mana pun anda menahan bau mulut rakan anda pasti sedikit sebanyak akan mengganggu kemesraan anda dengan golongan sebegini.

Tapi anda tidak perlu risau kerana ada beberapa cara untuk anda memberitahu mereka bahawa bau mulut mereka “mengganggu” dengan menggunakan pendekatan yang bijak dan tidak mengguris hati.

1. Jujur saja

Bau mulut masalah yang sensitif.

Tidak ada siapa yang dapat menerima kenyataan bahawa bau mulut mereka mengganggu keselesaan orang lain.

Namun dalam hal ini anda terpaksa jujur dengan mereka, jangan pendam seorang diri.

Apatah lagi apabila masalah ini sampai ke tahap anda “geli” untuk berbual, mencium, memeluk atau berhubungan seks dengan pasangan (bagi yang telah berkahwin).

Daripada si dia dikritik bos atau rakan-rakannya, lebih baik jika dia mendengarnya terus dari mulut anda.

2. Cari puncanya

Anda memang perlu jujur, tapi pastikan caranya betul!

Sebelum memberitahunya, lebih baik anda kaji dulu punca bau mulutnya.

Ini kerana, bau mulut berlaku disebabkan banyak faktor.

Selain mengabaikan kebersihan mulut, bau mulut juga boleh berpunca kerana seseorang itu jarang minum air putih.

Kenapa? Harus diketahui pengambilan cairan yang rendah dapat menyebabkan mulut kering.

Jika mulut kering, maka bakteria dan kuman lebih mudah untuk berkembang atau membiak di dalam mulut.

Bakteria dan kuman inilah yang menyebabkan bau busuk.

Makanan yang dimakan juga boleh jadi penyebab bau mulut.

Cuba lihat sama ada mereka gemar makan petai, durian atau bawang putih?

Masalah kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan bau mulut.

Biasanya bau mulut berpunca dari masalah kesihatan biasanya sangat tidak sedap dan tidak mudah hilang begitu saja.

3. Hati-hati bercakap

Jika sudah cukup “bekalan” tentang informasi bau mulut, anda harus bersiap sedia untuk bercakap terus dengan mereka.

Walaupun dia adalah seorang yang tidak mudah terasa hati atau “happy go lucky”, anda tetap perlu berhati-hati ketika mengajaknya bercakap tentang perkara sensitif ini.

Fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Pastikan anda tidak membahas masalah ini di depan orang lain.

Ajaklah dia berbual pada waktu yang sesuai. Jangan terus mengkritik, menyerang atau memarahinya.

Bercakaplah dengan intonasi lembut dan berikan kata-kata positif.

4. Ajak jumpa doktor gigi

Mungkin si dia sudah tahu bahawa dirinya ada masalah bau mulut.

Tapi, disebabkan malu, dia enggan untuk berjumpa doktor gigi.

Sedangkan buat pemeriksaan di klinik gigi merupakan langkah bijak untuk mengubati bau mulut.

Jadi, jangan ragu mengajak atau menemaninya.

Doktor gigi akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesan punca bau mulut.

Doktor juga akan memberitahu cara merawat dan membersihkan gigi dengan cara betul.

Sumber Hello Sehat

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.