
“Mereka harus bangun untuk mempertahankan isu ini. Mereka mesti berani nyatakan pendirian seperti mana Umno pertahankan isu ini,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar hari ini.
Terdahulu, 2 kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong hari ini menafikan laporan mereka bercadang mengadakan bantahan terhadap pengenalan seni khat dalam subjek bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan pada 5 Ogos ini.
Semalam, Kementerian Pendidikan mempertahankan rancangannya untuk memperkenalkan seni khat dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 pada 2020, walaupun dibantah kumpulan pendidikan Cina yang berkata, ia akan membebankan lagi murid serta guru, dan tiada kaitan dengan penguasaan bahasa kebangsaan.
Katanya, ia akan mengambil kira pendekatan penyampaian lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid serta guru.
Hari ini, Zahid menyifatkan mereka yang membantah pengenalan seni khat dengan menganggap tulisan jawi bukan sebahagian tulisan dalam bahasa Melayu, sebagai buta sejarah.
Ini kerana, katanya, bahasa Melayu bermula dengan tulisan jawi.
“Di dalam banyak terbitan sejarah dan kesusasteraan lama, tulisan banyak berdasarkan tulisan jawi.
“Umno berpendirian jika matlamat untuk memartabatkan tulisan jawi yang akan dijadikan salah satu elemen dalam pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu, ia harus diteruskan.”