
Setiausaha agung Umno itu berkata, pimpinan Majlis Tertinggi parti sudah memutuskan semua perkara bersifat rasmi diserahkan kepada presiden parti saja.
“Selain presiden, semua perkara berkait perjumpaan dianggap dilakukan atas sifat peribadi masing-masing dan kita sudah menyemak dengan GPS dan PAS, pertemuan itu sebenarnya mereka dipanggil, bukan mereka pergi jumpa.
“Saya fikir barangkali Tun mahu bertanya khabar dan meninjau-ninjau serta bertukar pandangan…itu tiada masalah,” katanya selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dirasmikan Ketua Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Kelmarin, Mahathir mengesahkan beberapa pemimpin pembangkang dari Umno, PAS dan GPS menemui beliau pada Selasa lalu.
Annuar menyifatkan perjumpaan dengan perdana menteri ialah perkara biasa.
“Kita dengan perdana menteri selalu jumpa dan bagi saya itu tidak ada isu.”