
Menurut laporan theedgemarkets.com, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Julai lalu.
Menerusi notis yang diserahkan kepadanya pada 15 Mac lalu, LHDN mendakwa ahli Parlimen Putrajaya dan bendahari Umno itu mempunyai tunggakan cukai bagi 2012 hingga 2017.
LHDN mendakwa Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, gagal mematuhi dan membayar tunggakan cukai itu dalam 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan.
Bekas setiausaha agung Umno itu kini berdepan 2 pertuduhan menerima rasuah RM3 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong dan Tan Eng Boon.
Jun lalu, LHDN memfailkan saman terhadap Najib Razak untuk mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion.
LHDN turut dikatakan dalam proses memfailkan permohonan untuk penghakiman terus daripada mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan.
LHDN memfailkan saman itu pada 25 Jun lalu untuk meminta bekas perdana menteri itu membayar RM1,692,872,924.83 termasuk faedah yang didakwa dihutangnya antara 2011 hingga 2017.
Saman itu difailkan selepas Najib gagal membayar taksiran cukai tambahan RM1.47 bilion dalam tuntutan asal LHDN pada Mac lalu.
Ini menyebabkan pertambahan 10% atau RM147 juta pada April lalu dan tambahan kompaun 5% sebanyak RM80 juta pada Mei.