Ramai yang ingin membeli rumah tapi merasakan ia luar dari kemampuan.

Apatah lagi mereka yang mempunyai pendapatan serendah RM2000 sebulan.
Namun ia masih boleh dimiliki seperti yang dibuat seorang netizen ini, Harith Faisal yang berkongsi tips dalam akaun Facebooknya, memiliki 3 rumah dengan hanya berpendapatan RM2000 sahaja.
Apa yang dilakukan ialah anda perlu menyimpan 50% dari pendapatan anda selama 6 bulan.
Jika ingin lebih cepat, simpan 100% gaji anda, dan anda hanya tampung perbelanjaam harian daripada pendapatan sampingan yang anda lakukan.
Kemudian, anda cari rumah lelongan sekitar RM100,000 ke RM110,000.
Bank akan luluskan permohonan anda berdasarkan simpanan RM2000 sebulan, jadi pastinya anda boleh membayar RM500-RM600 setiap bulan untuk rumah lelongan itu.
Selepas itu, anda perlu membuat pengubahsuaian terhadap rumah tersebut, rekabentuk menarik serta dilengkapi perabot.
Sewakan pada harga RM1000, namun bergantung pada lokasi rumah yang dibeli.
Setelah itu anda sudah mempunyai simpanan RM2000, ditambah pula duit rumah sewa RM1000.
Namun kebiasannya bank akan mengambil jumlah sewa rumah sebanyak 80% sahaja.
Ini bermakna :
Gaji hakiki : RM2000
Sewa : RM1000 x 80% : RM800
Jumlah : RM2800
Selepas dari ini, anda sudah boleh membeli rumah kedua, dengan menggunakan teknik yang sama.
Kali ini mungkin anda boleh membeli rumah bernilai RM150,000 pula.
Selamat mencuba!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]