Minum kopi buat anda tampak lebih muda!

Minum kopi buat anda tampak lebih muda!

Selain air kosong, terdapat beberapa minuman lain menjadikan anda lebih awet muda dan kurangkan kedutan pada wajah.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu semakin berusia, malah kesihatan juga tidak sama seperti zaman remaja dulu.

Antara tanda fizikal yang akan kelihatan adalah rambut beruban, rambut gugur dan kedutan pada wajah.

Perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan namun anda masih boleh tua tetapi dalam keadaan sihat serta awet muda.

1. Air kosong

Seperti yang kita ketahui, air kosong adalah air yang terbaik untuk bantu kesihatan kita.

Ini kerana air kosong langsung tidak mempunyai kandungan gula di dalamnya.

Ia adalah air yang sangat diperlukan badan kita.

Ia juga pastikan badan kita sentiasa hidrat.

Tanpanya kulit kita akan kering dan berkedut dengan cepat.

2. Kopi

Ia dapat bantu anda mengurangkan risiko kanser kulit.

Jika seseorang minum kopi setiap hari mereka akan mengurangkan risiko kanser kulit bukan melanoma sekitar 10%.

Selain itu, kafein yang ada dalam kopi melindungi tubuh daripada keradangan kronik dan ia merupakan penyakit biasa apabila umur meningkat.

3. Teh hijau

Ia sememangnya kaya dengan anti-oksidan yang bantu mencegah kedutan daripada muncul dengan meningkatkan perolehan sel.

Selain itu, anda perlu tahu bahawa orang yang kerap minum teh ini mempunyai risiko penyakit jantung yang rendah.

4. Air kelapa

Ia mengandungi hormon tumbuhan yang dikenali sebagai “Cytokinin”.

Ia berfungsi sebagai penggalak pertumbuhan sel serta doketahui sebagai anti-karsogenik.

5. Jus lidah buaya atau Aloe Vera

Kadar asid amino di dalamnya sangat tinggi yang mana ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan.

Selain itu, terdapat juga kandungan anti-oksidan yang berperanan sebagai sel yang membantu pertumbuhan semula kulit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.