Dr M terima kunjungan hormat putera mahkota Abu Dhabi

Dr M terima kunjungan hormat putera mahkota Abu Dhabi

Kunjungan Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan sebahagian program rangka lawatan khas ke Malaysia sempena pertabalan Agong.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di pejabatnya di Perdana Putra hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Pertemuan tersebut berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian program dalam rangka lawatan khas sehari ke Malaysia bersempena istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata lawatan khas tersebut memberi dorongan baru dan pengukuhan seterusnya hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar Negeri turut menyatakan ia menjadi bukti kepada aspirasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.