Kapal pemusnah China sertai Hari Tentera Laut Rusia

Kapal pemusnah China sertai Hari Tentera Laut Rusia

Sejumlah 12 kapal perang dan kapal selam Rusia bersama puluhan pesawat lain mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut menyaksikan perarakan disertai kapal perang China bersama Rusia dan sebuah kapal frigat India, yang diadakan di perairan pulau Kronshtadt di pantai St Petersburg. (Gambar AFP)
ST PETERSBURG:
Kapal pemusnah peluru berpandu China “Xi’an” menyertai perarakan sempena Hari Tentera Laut Rusia pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut menyaksikan perarakan disertai kapal perang China bersama Rusia dan sebuah kapal frigat India, yang diadakan di perairan pulau Kronshtadt di pantai St Petersburg.

Sejumlah 12 kapal perang dan kapal selam Rusia bersama puluhan pesawat lain mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.