Bukan saya buat kenyataan sokong Anwar, Azmin, kata Baru

Bukan saya buat kenyataan sokong Anwar, Azmin, kata Baru

Pada Sabtu, lebih 20 pemimpin bahagian PKR Sarawak mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dan Azmin.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.
KUCHING:
Pengerusi PKR Sarawak semalam menafikan mengeluarkan kenyataan menyokong presiden parti itu Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, selain menolak dakwaan bahawa beliau berbuat demikian kerana takut kehilangan jawatan dalam majlis pimpinan negeri.

“Saya tidak tahu daripada mana mereka mendapat maklumat sedemikian. Jika anda baca kenyataan itu dengan teliti, anda akan tahu bukan saya yang mengeluarkannya.

“Kenyataan itu dibuat oleh majlis kepimpinan negeri dan ditandatangani oleh 24 orang,” katanya kepada pemberita selepas acara makan malam Pakatan Harapan Sarawak di sini, malam tadi.

Pada Sabtu, lebih 20 pemimpin bahagian PKR Sarawak mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dan Azmin.

Kenyataan itu dibuat berikutan gesaan 2 naib presiden parti berkenaan supaya kempen tanda tangan yang berjalan dihentikan susulan ketegangan yang tercetus akibat pergeseran yang berlaku antara 2 pemimpin tertinggi PKR itu.

Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak yang tidak mahu dikenali menuduh Baru mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar dan Azmin kerana takut walaupun sebelum ini beliau berkata “tidak pernah menandatangani apa-apa surat”.

“Baru takut hilang kawalan ke atas jawatannnya. Ini kerana beliau takut hilang kedudukan dan kuasa dalam majlis pimpinan neger,” katanya.

Ketegangan yang berlaku dalam PKR berpunca daripada penyebaran klip video yang menunjukkan 2 lelaki mengadakan hubungan seks sejenis.

Bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz mendakwa beliau adalah salah seorang lelaki itu, selain mendakwa pasangannya adalah Azmin.

Menteri hal ehwal ekonomi itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Polis memberitahu bahawa klip video itu besar kemungkinannya adalah tulen, tetapi tidak dapat mengesahkan identiti individu terbabit.

Anwar sebelum ini dilaporkan menggesa Azmin meletakkan jawatan sekiranya klip video berkenaan disahkan tulen.

Kenyataan itu mengundang respons keras daripada Azmin yang memberitahu Anwar supaya “melihat dalam cermin”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.