Respons saya terhadap dakwaan salah laku seks tidak bercanggah, kata Dr M

Respons saya terhadap dakwaan salah laku seks tidak bercanggah, kata Dr M

Dr Mahathir menjawab dakwaan berhubung percanggahan pendirian beliau dahulu dan sekarang dalam satu artikel bertajuk 'Contradiction' di laman blognya, Chedet.

Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan wujudnya percanggahan dalam pendirian beliau terhadap dakwaan salah laku seks melibatkan anggota Kabinet pada masa sekarang dan sebelum ini.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mempunyai pendirian yang bercanggah terhadap dakwaan salah laku seks yang menjejaskan anggota Kabinetnya yang lepas dan pada masa kini.

Beliau menyentuh perkara ini dalam satu artikel yang diposkan dalam laman blognya, Chedet. bertajuk “Contradiction”.

“Saya dituduh bercanggahan dalam pendirian saya sendiri berhubung reaksi terhadap dakwaan salah laku seks menjejaskan seorang ahli Kabinet pada 1998 dan isu video seks yang sedang hangat sekarang ini yang dikaitkan dengan seorang lagi anggota Kabinet.

“Tidak ada percanggahan.

“Tindakan yang diambil pada 1998 bukannya berdasarkan klip video. Itu muncul kemudian. Mahkamah telahpun buat keputusannya. Video berikutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau sesiapa pun. Ia tidak mempengaruhi saya.

“Dalam kes terbaru ini, video muncul dahulu. Sudah tentu ia satu cubaan untuk menghitamkan nama seorang yang tertentu itu bagi merosakkan masa hadapannya.

“Sekiranya saya mengambil tindakan seperti yang dikehendaki, saya akan menjadi pensubahat kepada plot. Saya tidak berhasrat menjadi alat kepada dalang. Saya tidak akan menjadi sebahagian daripada politik kotor itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.