SPRM tunggu peguam negara putuskan kes rasuah jam tangan pembantu menteri

SPRM tunggu peguam negara putuskan kes rasuah jam tangan pembantu menteri

Suspek itu didakwa menerima seutas jam tangan mewah sebagai dorongan untuk memberi projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ahmad Sabki Yusof dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin pada 4 April lalu, selepas direman 3 hari. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menyelesaikan siasatan ke atas setiausaha politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang didakwa menerima suapan dalam bentuk seutas jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata kertas siasatan kini berada di tangan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ahmad Sabki Yusof ditahan pada 1 April lalu dan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin pada 4 April lalu.

Lelaki berusia 47 tahun itu didakwa menerima jam tangan itu sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.