
TUNIS: Pihak Berkuasa Pilihan Raya Tunisia pada Khamis petang mengumumkan pusingan pertama pilihan raya presiden akan diadakan pada 15 September, lapor agensi berita Xinhua.
Tarikh itu disahkan jurucakap pihak berkuasa itu, Hasna Ben Slimane, memetik laporan akhbar tempatan.
Perkara itu diputuskan susulan kematian Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi pada Khamis pagi.
“Pilihan raya yang dijadual pada 6 Oktober, tetap tidak berubah,” kata presidennya Nabil Baffoun dalam satu kenyataan rasmi.
Beberapa jam selepas kematian Essebsi, Speaker Parlimen Tunisia Mohamed Ennaceur dilantik sebagai presiden sementara untuk tempoh 45 hari dan maksimum 90 hari.
Dalam tempoh itu, pilihan raya presiden perlu diadakan selaras dengan perlembagaan negara.