
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, dengan usaha itu, beliau amat berharap cadangan pemberian elaun tersebut dapat direalisasikan tahun ini.
“Kalau dapat Agong berikan sedikit kata-kata kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya dapat diluluskan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.
Semasa sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka 20 Julai lalu, Zuraida berkata Sultan Abdullah menitahkan supaya satu kertas ringkas mengenai elaun itu, dibentangkan kepadanya.
Pada 8 Julai, Zuraida berkata, pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tidak dapat dilaksanakan tahun ini.