Kenali cara perketatkan privasi akaun Facebook anda

Kenali cara perketatkan privasi akaun Facebook anda

Banyak pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun laman sosial sesetengah pihak bagi tujuan tertentu.

Kebanyakan masyarakat kini menggunakan media sosial Facebook untuk mendekatkan jaringan kenalan, perniagaan dalam talian dan sebagainya.

Namun dalam kerancakkan penggunaan laman sosial itu, seringkali anda dengar ada beberapa individu mengalami masalah akaun Facebook kerana digodam pihak tertentu.

Perkara itu terjadi kerana anda tidak memperketat akaun privasi anda sehingga boleh diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Jadi terdapat beberapa perkara harus dilakukan supaya ia tidak terjadi pada anda.

1. Peranti Log In
Kadang-kadang anda akan log in akaun Facebook di merata tempat.

Contohnya bila menggunakan komputer di pejabat atau di telefon pintar ahli keluarga atau kenalan lain.

Mungkin kadang-kadang anda terlupa nak log out. Di sini anda boleh lihat peranti mana yag masih aktif dengan akaun Facebook anda. Anda boleh log out semuanya di sini.

Klik

Setting> Security and Login > Where You’re Logged In

2. Pengesahan lebih ketat
Jika anda rasa was-was dengan sistem sekuriti yang ditawarkan, usah risau kerana Facebook turut menawarkan “two-factor authentication”.

Apabila akaun anda log in di peranti yang asing, Facebook secara otomatik akan meminta kata laluan. Anda boleh tetapkan kata laluan ini di bahagian :

Setting > Security and Login > Two-factor authentication

3. Bantuan rakan

Pernah terfikir jika anda tak dapat log in ke akaun sendiri? Atau mungkin anda secara tiba-tiba tak dapat log in atas sebab-sebab lain? Usah risau kerana anda boleh memilih 3 hingga 5 orang yang dipercayai untuk dimasukkan dalam senarai istimewa ini.

Mereka boleh menghantar kod dan URL untuk membantu anda log in semula.

Setting > Security and Login > Setting up extra security

4. Ingat kembali kenangan lama

Ini fungsi yang membolehkan anda melakukan “throwback” dengan rakan-rakan Facebook yang lain.

Contohnya anda ingin lihat interaksi dengan isteri pada zaman mengorat dahulu sampai sekarang.

Pergi ke profilnya kemudian klik ‘See Friendship’.

Segala perbualan interaksi posting, video dan foto akan keluar di sini.

5. Tetapkan posting di timeline

Dengan lambakan informasi dariada rakan-rakan dan juga page yang anda ‘like’ pastinya ia sangat banyak sekali.

Malah dengan algoritma yang diperkenalkan Facebook, tidak semua posting yang akan muncul di “timeline”.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda pengalaman menggunakan Facebook dengan lebih baik dan selamat.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.