Video seks gay: Tiada orang besar politik akan dipanggil, kata polis

Video seks gay: Tiada orang besar politik akan dipanggil, kata polis

Ketua polis negara berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan selesai.

Abdul Hamid Bador ditemui wartawan di luar Majlis Pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR:
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menafikan orang besar politik akan dipanggil untuk membantu siasatan berterusan ke atas video seks sejenis menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Ditanya sama ada pemimpin PKR, termasuk Presidennya, Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk disoal siasat, beliau berkata: “Saya tak cakap begitu.”

Hamid turut mengulangi gesaan supaya semua pihak tidak mengheret polis dalam isu video seks sejenis.

“Seperti saya cakap sebelum ini, berkhidmat – ini yang saya mahu tingkatkan.

“Jangan heret dan bebankan saya dengan semua ini. Bila saya kata siasatan sedang berjalan, terimalah. Ia sedang berjalan.

“Bila (kertas siasatan) siap, kita akan hantar pada peguam negara (untuk tindakan lanjut,” katanya di luar Majlis Pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.

Semalam, seorang pemimpin PKR memberitahu FMT yang polis mungkin memanggil seorang pemimpin, sebelum menyoal siasat orang besar politik itu dan menutup siasatan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.