Prosedur “pemutihan” paling cepat untuk gigi kelihatan cantik dan segar, bukan kuning berkarat yang membuatkan anda tidak yakin untuk senyum pada sesiapa sahaja.

Namun anda perlu tahu kosnya tidaklah murah iaitu di antara RM1,400 hingga RM1,900 kerana ia prosedur kosmetik.
Oleh sebab itu juga tidak ada pihak insurans akan memberi perlindungan untuknya.
Sebelum meneruskan niat anda untuk melakukan prosedur “pemutihan” beberapa perkara anda perlu tahu :
1. Sebelum melakukan proses pemutihan gigi, pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan doktor mengenal pasti sama ada rawatan itu sesuai atau pun tidak.
2. Jika seseorang mengalami pendarahan pada gusi atau gigi, rawatan itu tidak menjamin akan memutihkan struktur keras yang tumbuh pada gusi itu.
Ini kerana katanya, pendarahan itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi akan kelihatan lebih gelap.
Bagaimanapun, rawatan itu masih boleh dilakukan, namun ia perlu dilakukan doktor gigi berpengalaman.
Sebagai alternatif, proses pembersihan gigi perlu dilakukan sebelum pemutihan gigi dibuat.
Ia bukan sahaja memberi kesan hampir sama malah kosnya lebih murah.
Syarat lain yang perlu diberi perhatian untuk melakukan rawatan itu termasuk gigi dan gusi yang sihat.
Ini kerana gigi dengan karies tidak dirawat, kekurangan enamel atau gigi patah tidak sesuai kerana agen peluntur dapat menembusi bahagian dalam gigi menyebabkan rasa sakit selain boleh merosakkan saraf gigi.
Namun kaedah ini tidak digalakkan pada golongan muda kerana meningkatkan risiko kepada penyebab kerosakan saraf gigi berikutan struktur gigi belum matang sepenuhnya.
Selain itu, wanita mengandung atau sedang menyusu badan adalah sama sekali tidak digalakkan membuat rawatan itu.
Rawatan pemutihan gigi juga sebenarnya tidak kekal lama walaupun ada menjangkakan ia mampu bertahan selama bertahun-tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]