5 anak 5 pembantu, Zizie bahagia punyai keluarga besar

5 anak 5 pembantu, Zizie bahagia punyai keluarga besar

Bagi pelakon Zizie Ezette mempunyai 5 anak dan 5 pembantu bukan sesuatu untuk riak tetapi bersyukur dengan rezeki Allah.

Teruja netizen melihat kemeriahan keluarga pelakon jelita, Zizie Ezette apabila memiliki 5 orang anak dalam masa singkat.

Namun kisah kehidupan Zizie yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Raden menjadi lebih menarik apabila setiap anaknya mempunyai penjaga khas.

Gambar kelima-lima penjaga itu dikongsi di dalam akaun sosial Instagram @zizieizette ketika dia bersama dengan anak-anaknya di Genting Highlands.

Di dalam posting tersebut Zizie berkata ia mengingatkan kembali kisah 2 tahun lepas yang dia hanya memiliki Jenna sahaja.

Hari ini katanya, bila dah berjalan penuh 1 kereta dan sekelip mata keluarganya menjadi besar.

“Alhamdulillah rumah tidak sepi lagi,” ujarnya.

Gambar itu mendapat hampir 17,000 “like”dan 177 komen.

Seorang pengguna Instagram, @norrubyy memberi komen “uuii..kalau anak 10, 10 nanny, namun Zizie membalasnya-
“tak mungkin, kalau ada 10 anak, anak yang besar-besar dah tak perlu ada nanny, yang kecil-kecil sahaja,” katanya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.